BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 25 November 2008

Apa sudah jadi???




ALOR STAR - Seorang doktor wanita mencetuskan suasana panik di Hospital Sultanah Bahiyah di sini apabila mengugut mahu terjun dari tingkat enam, wad kelas kedua di hospital itu semalam.Berikutan itu, kakitangan serta pelawat hospital berkenaan berkumpul hampir tiga jam menyaksikan tindak tanduk wanita berusia 20-an itu.Kejadian bermula kira-kira pukul 9 pagi apabila doktor itu yang dipercayai mempunyai masalah di tempat kerjanya dan masalah peribadi telah bertindak keluar dari tingkap sebelum duduk di hujung koridor tingkat enam." petikan dari KOSMO

Menurut WHO lebih kurang sejuta individu telah membunuh diri pada tahun 2000 di seluruh dunia. Setiap 40 saat seorang individu mati akibat membunuh diri di sesuatu tempat di dunia ini dan setiap 3 saat terdapat seorang individu yang cuba untuk membunuh diri. Suatu fakta yang mengejutkan!!!!!!!!!!.

Dalam Negara ini mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Apakah ini memberi gambaran bahawa negara ini sedang berhadapan dengan ramai rakyat yang tidak stabil jiwanya. Mengikut pakar psikologi , sememangnya sakit jiwa dan mental di negara ini bagaikan bom jangka.

Faktor Sosiodemografi

Jantina: Lebih ramai kaum lelaki mati membunuh diri berbanding wanita tetapi lebih ramai wanita yang melakukan cubaan bunuh diri.

Umur: Kadar bunuh diri lebih tinggi di kalangan individu muda(15-35 tahun) dan individu tua ( melebihi 75 tahun)

Taraf perkahwinan: Individu yang telah bercerai, balu, bujang adalah lebih berisiko daripada individu yang berumahtangga untuk bunuh diri.

Pekerjaan: Individu yang diberhentikan kerja lebih ramai membunuh diri berbanding mereka yang tiada pekerjaan. Pekerjaan yang tinggi kadar bunuh diri adalah doktor, pakar farmasi, pekebun dan mereka yang terdedah kepada sumber bunuh diri.

Masalah yang biasa dialami oleh mereka yang membunuh diri:

Masalah interpersonal. cth bergaduh dengan pasangan, keluarga, kekasih dll.
Disisihkan (rejection). cth berpisah dengan paangan , keluarga dll.
Kehilangan ( loss events) cth. masalah kewangan, kematian keluarga atau orang tersayang
Lain-lain cth. didapati bersalah melakukan sesuatu perbuatan jenayah , didiagnos penyakit merbahaya.

Terdapat beberapa faktor yang menjadi indikator untuk menggambarkan betapa seriusnya cubaan membunuh diri. Diantaranya adalah:

Cara bunuh diri. Seseorang yang cuba membunuh diri dengan menggunakan cara paling bahaya (seperti terjun dari bangunan, menembak diri sendiri , menggantung diri ) lebih berniat untuk membunuh diri berbanding mereka yang cuba membunuh diri dengan cara yang kurang bahaya(melukakan diri, meminum sabun ) .

Perancangan: Individu yang telah merancang dengan teliti cara untuk mereka membunuh diri seperti; mereka menyewa hotel untuk menyendiri, mengunci bilik, melakukan bunuh diri semasa ketiadaan orang lain di rumah, menulis wasiat atau nota bunuh diri mempunyai niat yang tinggi untuk mati.

Pendedahan terhadap peralatan bunuh diri: Mereka yang terdedah kepada bangunan tinggi, mempunyai ekses kepada racun , ubat-ubatan merbahaya, ekses senjata dan lain-lain lebih berisiko tinggi untuk mati akibat bunuh diri.

Penyakit mental: Individu yang mengalami penyaki mental seperti Kemurungan (major depresion), skizofrenia dan ketagihan alkohol lebih cenderung untuk bunuh diri.

Penyakit fizikal kronik: Mereka yang mengalami penyakit fizikal kronik seperti epilepsi atau sawan, kanser, HIV-AIDS lebih mudah untuk membunuh diri.

Pandangan Islam

Kehidupan manusia bukan menjadi hak milik peribadi, sebab dia tidak dapat membuat dirinya, anggotanya ataupun sel-selnya. Diri manusia pada hakikatnya hanyalah sebagai amanah yang diberikan Allah. Oleh kerana itu tidak boleh amanah ini diabaikannya. Bagaimana lagi memusuhinya? Dan apalagi melepaskannya dari hidup?

Kerana itu, berfirmanlah Allah:
"Dan jangan kamu membunuh diri-diri kamu, kerana sesungguhnya Allah maha belas kasih kepadamu." (an-Nisa': 29)

Islam menghendaki kepada setiap muslim hendaknya selalu optimis dalam menghadapi setiap musibah. Oleh kerana itu ,Islam tidak membenarkan dalam situasi apapun untuk kita melepaskan diri dari hidup dan menanggalkan pakaian hanya kerana ada suatu bala yang menimpanya atau kerana gagal dalam cita-cita yang diimpi-impikan. Sebab seorang mu'min dicipta untuk berjuang, bukan untuk berdiam diri, dan untuk berperang bukan untuk lari. Iman dan budinya tidak mengizinkan dia lari dari arena kehidupan. Sebab setiap mu'min mempunyai senjata yang tidak sumbing dan mempunyai kekayaan yang tidak habis, iaitu senjata iman dan kekayaan budi.

Rasulullah s.a.w. memberikan ancaman kepada orang yang bertindak kejam ini dengan terhalangnya dari rahmat Allah dan mendapat kemurkaan Allah kelak di akhirat.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sebelum kamu, pernah ada seorang laki-laki luka, kemudian marah sambil mengambil sebilah pisau dan dipotongnya tangannya, darahnya terus mengalir sehingga dia mati. Maka berkatalah Allah: hambaku ini mau mendahulukan dirinya dari (takdir) Ku. Oleh kerana itu Kuharamkan surga atasnya." (Riwayat Bukhari, dan Muslim)
Kalau orang tersebut terhalang masuk surga lantaran luka yang tidak seberapa sakitnya kemudian bunuh diri, maka bagaimana lagi orang yang bunuh diri kerana mendapat kerugian, gagal ujian atau putus cinta?!

Rasulullah s.a.w. bersabda sebagai berikut:
"Barangsiapa menjatuhkan diri dari atas gunung kemudian bunuh diri, maka dia berada di neraka, dia akan menjatuhkan diri ke dalam neraka untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa minum racun kemudian bunuh diri, maka racunnya itu berada di tangannya kemudian minum di neraka jahanam untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan alat tajam, maka alat tajamnya itu di tangannya akan menusuk dia di neraka jahanam untuk selama-lamanya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maka hendaklah kamu bertaubat dan memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari musibah yang datangnya dari bisikan Iblis Laknatullah. Sesungguhnya, Allah jua yang berhak terhadap tiap-tiap sesuatu...






0 comments: